SEJARAH SEKOLAH
Pada
tahun 1895, semasa Rev. W. E. Horley mengasaskan Sekolah Anglo Chinese,
Ipoh dengan 4 orang murid lelaki di rumah yang pada masa itu adalah
rumah Dato’ Panglima Kinta yang terletak di belakang bangunan Masjid
Negeri. Beliau telah didatangi oleh seorang murid perempuan bersama
abangnya memohon untuk belajar. Oleh kerana tidak sampai hati untuk
menyekat seorang itu daripada mendapat pelajaran, beliau mendesak Cik
Towers memberi tuisyen persendirian kepda murid itu bersama-sama dengan 3
orang murid perempuan yang lain di bilik bawah di bangunan sama.
Dengan
siapnya Gereja Wesley dan Manse pada 1896, murid lelaki telah
dipindahkan ke Gereja Wesley dan murid perempuan pula ke Manse. Pada
tahun 1897, Sekolah Perempuan Anglo Chinese Ipoh diberi pengiktirafan
oleh kerajaan. Pada masa itu, penuntutnya seramai 16 orang. Dalam tahun
1898, ianya berpindah ke gereja apabila murid-murid lelaki berpindah ke
bangunan mereka yang baru(bangunan lama sekolah rendah sekarang yang
masih ada). Pada tahun 1901, murid-murid perempuan sekali lagi
berpindah, kali ini ke bangunan Pejabat Pos lama yang telah dibina
semula dan sekarang menjadi Manse Gereja Tamil yang terletak di kawasan
Sekolah Anglo Chinese Ipoh.
Apabila
Cik Towers berkahwin pada tahun 1901, Puan Luering mengambil alih
sebagai Guru Besar sehinggalah 1904. Puan Luering jatuh sakit. Sekolah
perempuan itu pun disatukan dengan sekolah lelaki.
Dari
situlah sejarah kaitan antara kedua-dua sekolah ini dilanjutkan.
Apabila beliau sihat semula, beliau telah memula kembali sekolah
perempuan tetapi terdapat juga murid-murid lelaki di dalam kelasnya.
Pada tahun 1906, Puan Rutledge menjadi Guru Besar. Ia dibantu oleh Cik
LaBrooy ( Puan P.E. Navarednam). Apabila beliau berpindah ke Amerika
Syarikat pada bulan Ogos 1906, Cik Labrooy mengambil alih tugasnya.
Disebabkan kegagalan mendapatkan seorang guru dari Amerika Syarikat ,
Rev. Horley terpaksa mengatur kembali sekolah-sekolah itu. Pada tahun
1909, Rev. Horley melaporkan bahawa sekolah perempuan adalah satu
cawangan sekolah Anglo Chinese Ipoh. Ia tidak dapat memperolehi
perkhidamtan guru kontrak mubaligh sehingga 1911. Pada tahun itu juga,
Cik Eithel Parks tiba dari Amerika Syarikat dan dilantik bertugas
berjaya mengumpulkan wang daripda masyarakat Cina, WFMS dan juga bantuan
kewangan khas kerajaan. Rev. Horley juga memainkan peranan besar dalam
usaha kutipan wang itu. Pada tahun 1927, bangunan utama siap dibina.
Bangunan itu tidak berubah kecuali tambahan di atas ‘porch’ dan beberapa
perubahan kecil pada dewan dan bilik guru. Walaubagaimanapun Cik Kenyon
tidak berpeluang untuk menyaksikan perasmian bangunan sekolah itu
kerana beliau telah kembali ke Amerika Syarikat pada bulan Februari
1927. Tempatnya digantikan oleh Cik Minnie Rank.
Pada
20 Disember 1927, bangunan sekolah itu dirasmikan dan dihadiri oleh Sir
Hugh Clifford, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Di antara tetamu-tetamu kenamaan
termasuklah Sultan Perak, Raja Bendahara, Residen British di Perak, Rev.
Horley, Dr R.O.Windstet ( Pengarah Pelajaran) dan Bishop Titus Lowe.
Pada tahun itu juga bermulalah penerbitan majalah sekolah- “Our Argosy”.
Semasa
Cik Rank menjadi Guru Besar, taraf kemajuan am sekolah ini telah mula
kelihatan. Beliau sangat mementingkan disiplin. Beliau juga menentukan
70% sebagai markah minima untuk lulus dalam setiap mata pelajaran. Cik
Rank sangat suka mencapai kemajuan. Pada akhir perkhidmatan beliau pada
tahun 1932, beliau menentukan usaha-usaha meratakan kawsan padang,
memagar kawasan sekolah dan membeli 2 buah piano untuk sekolah
dilaksanakan. Dua buah bas juga dibeli supaya murid-murid dapat
pengangkutan ke sekolah.
Selepas
Cik Rank sehinggalah Perang Dunia ke -2, seramai 8 orang Guru Besar
telah berkhidmat. Cogan kata sekolah “Our Utmost for the Highest”dicipta
pada tahun 1933. Bangunan Kenyon Cottage dibina pada tahun 1934 dan
Sains Rumah Tangga diperkenalkan pada tahun 1937. Pada tahun 1940,
murid-murid perempuan sekolah ini pergi ke Sekolah Anglo Chinese untuk
pelajaran Sains.
Semasa
Perang Dunia ke-2 , sekolah ditawan oleh asakar-askar Jepun dan
dijadikan sebuah khemah askar Jepun. Sekolah dibuka semula pada 27
Disember 1945 dan Cik Daisy Moreira mula bertugas sebagai Guru Besar
selama 14 tahun sehingga Disember 1959. Beliau adalah Guru Besar yang
paling lama berkhidmat semenjak sekolah ini diasaskan. Beliau telah
membawa kemajuan terbesar yang tidak ada tandingannya kecuali Cik Ruth
Ho. Bilangan murid bertambah selepas perang dan bilangan bilik darjah
perlu ditambahkan juga. Pada tahun 1950, 6 bilik darjah baru ditambahkan
(bangunan baru). Pada tahun 1952, 3 buah bilik darjah dan sebuah makmal
Sains Am ditambahkan. Pada tahun 1956, sebuah rumah untuk dijadikan
asrama dan sebidang tanah di 57 Jalan Chamberlain dibeli.
Bangunan
sekolah rendah yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah dibina dalam
tahun 1957. Mengikut polisi pendidikan baru, sekolah rendah dan sekolah
menengah diasingkan dalam tahun 1958. Guru Besar bagi sekolah rendah
ialah Cik Lau Sio Nyuk dan Penolong Kanannya ialah Puan Ong Sow Gair.
Untuk
pertama kalinya Lembaga Pengurus sekolah rendah dan sekolah menengah
bermesyuarat bersama pada 26 Mei 1959. Keputusan penting untuk
menukarkan nama sekolah “Anglo Chinese Girls’ School” kepada “Methodist
Girls’ School “ dibuat. Pertukaran itu berkuatkuasa mulai dari 1 Jun
1959. Pada tahun itu juga, pakaian seragam sekolah ( skirt merah pulasan
dan blaus putih ) diperkenalkan.
Pancaragam
genderang dan Kelab Koir ditubuhkan pada tahun 1960. Sekolah berasa
bertuah kerana mempunyai sebuah Klinik Pergigian di bawah anjuran
kerajaan. Klinik itu dirasmikan oleh Pegawai Kanan Pergigian, En.
Ibrahim b Mohd Yassin pada 10 Mac 1960.
Melalui
tenaga usaha dan kerjasama sekolah rendah dan sekolah menengah, 10
bilik darjah, kantin, bilik muzik, blok tandas dan rumah pekerja siap
dibina pada tahun 1964. Bangunan itu dirasmikan oleh Menteri Pelajaran,
Dr Abdul Rahman b Hj Talib dan direstui oleh Bishop H. B Amstutz.
Pelajaran Bahasa Cina diperlkenalkan di darjah 4 dalam bulan Januari
tahun 1964. Jabatan Pelajaran menghantar seorang guru Bahasa Cina dari
Sekolah Cina Perak.
Pada
tahun 1965, satu lagi projek diadakan. Satu blok bangunan baru dibina.
Blok itu terdiri daripada 6 buah bilik darjah untuk sekolah rendah,
perpustakaan berhawa dingin, bilik lukisan, bilik jahitan dan bilik
menaip untuk sekolah menengah. Bangunan dirasmikan oleh Menteri
Pelajaran, En Khir Johari dan direstui oleh Bishop R. F. Lundy. Pada
bulan Disember tahun 1965, 2 buah bilik darjah di blok utama sekolah
rendah dipinda menjadi perpustakaan berhawa dingin untuk sekolah rendah.
Tahun
1966 merupakan tahun bersejarah bagi Methodist Girls’ Primary School
Ipoh kerana majalah sekolah rendah “The Junior Argosy” dilancarkan.
Pelajaran
Agama Islam mula diajar pada bulan Mei tahun 1968. Pasukan Brownie
ditubuhkan semula pada Julai 1968 atas permintaan Cik Lau.
Puan
Ong Saw Gair bersara pada bulan April 1969 dan Cik Yong Kwan Thye
dilantik sebagai Penolong Kanan Baru pada 1.9.1969. Beliau pula bersara
pada bulan Oktober 1970. Cik Lim Chin Lian pula dilantik oleh
Kementerian Pelajaran sebagai Penolong Kanan mulai dari 1.12.1971.
Pada
tahun 1971, Dewan Serbaguna ( recreational hall )- bangunan batu
bertutup tanpa dinding tepi dibina. Bangunan itu terdiri daripada sebuah
bilik guru yang luas, bilik menyalin pakaian, 4 buah tandas dan 3 buah
bilik darjah untuk Tadika.
Cik
Lau Siok Nyuk, Guru Besar pertama Methodist Girls’ Primary School Ipoh
bersara pada Disember 1972. Beliau dengan bangganya dianggap sebagai
batu pengasas sekolah ini selama 16 tahun. Beliau dengan penuh dedikasi
menunjuk ajar, membentuk dan mengasuh murid-murid sekolah ini dalam
menempuh liku-liku peringkat awal. Sejak pengasasan sekolah ini,
Methodist Girls’ Primary School mendapat kepujian daripada Penguasa
Pelajaran semata-mata kerana kebijaksanaan pentadbir-pentadbir,
rancangannya yang tersusun dan pandangannya yang jauh dalam menghadapi
cabaran. Cik Lim Chin Lian dilantik sebagai Guru Besar mulai 1.12.1972.
Menurut
arahan kerajaan, persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru telah ditubuhkan pada
tahun 1974. Pengerusinya yang pertama ialah En. Ludin b Bongsu.
Pertubuhan
“Girls’ Brigade” yang terdiri daripada Junior dan Kadet ditubuhkan pada
Februari 1975. Pada tahun itu juga, Skim Pinjaman Buku Teks
diperkenalkan disekolah-sekolah.
Pancaragam
sekolah ditubuhkan pada tahun 1976 dan satu persembahan diadakan di
khalayak ramai ketika Hari Sukan ( 31.3.76). Pancaragam itu terdiri
daripada 40 orang murid dari tahun 3, 4 dan 5.
Pada
tahun 1977, pelajaran Bahasa Tamil ditawarkan kepada murid-murid darjah
4-6. Puan Esmne Subramaniam dilantik oleh Jabatan Pelajaran sebagai
pemangku Penolong Kanan mulai dari 1.10.77.
Pada
tahun 1978, pengawas sekolah mendapat pakaian seragam baru ( Skirt
merah dan tali leher merah ). Pada hujung tahun itu, bilangan murid
seramai 1487 orang dan bilangan kelas sebanyak 30 buah.
Pada
tahun 1984, nama Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist dibina
atas tembok batu. Projek itu dibiayai oleh sekolah dan PIBG. Dengan ini,
sekolah berasa bangga atas rasa tanggungjawab dan usaha yang telah
ditunjukkan oleh PIBG itu. Mulai tahun 2003, dua buah bilik darjah blok
pejabat telah dijadikan bilik guru dan bermula tahun 2003 juga kelas
tahun 2 ditempatkan di blok atas di tingkat tiga. Sebuah bilik darjah
disebelah Pusat Sumber telah dijadikan Makmal Komputer dengan usaha PIBG
yang telah mengutip sumbangan daripada ibubapa untuk membeli 40 buah
komputer. Selain itu pengubahsuaian juga telah dibuat seperti pejabat,
bilik Pusat sumber Sekolah dan surau.
Pada
tahun 2007, tanda nama MGS (P) IPOH 1897 Our Utmost For The Highest
diukir pada batu marmar di luar pintu masuk Jalan Chamberlain Hulu,
sumbangan Lembaga Pengurus ( Board of Managers ) dan Persatuan Bekas
Pelajar ( Old Girls’ Association ).
Di
bawah pentadbiran Guru Besar , Pn Yau Sook Fun yang dilantik Mac 2007,
penyelenggaraan telah dijalankan dengan peruntukan daripada ADUN Tebing
Tinggi ( RM20,000) dan Pejabat Perdana Menteri ( RM37,000 ) pada tahun
2008. Bangunan sekolah telah dicat semula, kipas dan lampu ditambah
dalam bilik darjah, pentas dibaik pulih dan dua ”awning” yang lama telah
diganti, selain daripada kerja-kerja membaiki bumbung dan pintu
tandas.
Pusat
Sumber Sekolah dinaiktaraf pada bulan November 2008 dengan menggantikan
unit pendingin hawa ( window unit) dengan 2 buah ”split unit” ,
mengganti lampu-lampu dan siling yang usang serta penambahan meja dan
kerusi. Projek ini telah dibiayai oleh bekas-bekas pelajar yang telah
menderma dengan ikhlas hati.
Pihak
sekolah juga bersyukur kerana mendapat peruntukan sebanyak RM110,000
daripada kerajaan untuk pendawaian semula. Wang ini adalah dari Bantuan
Kewangan kepada sekolah bantuan Kerajaan , Pakej Rangsangan Ekonomi
Negara 2009 dan diuruskan oleh Lembaga Pengurus sekolah. Pendawaian
semula telah siap pada bulan Julai 2009.
Dalam
bulan September tahun yang sama, sekolah terima lagi peruntukan
RM110,000 yang telah digunakan untuk mengganti genting-genting bumbung
blok utama yang telah mula reput dan menyebabkan kebocoran. Dalam 2010
sebahagian peruntukan itu telah digunakan untuk menaik taraf Makmal
Sains , tempat letak kereta di belakang tandas, kawasan simen di
belakang Tadika Methodist , mengecat dinding luar dewan serta membeli
kemudahan-kemudahan kegunaan pejabat.
Tahun
2009 juga merupakan tahun bersejarah dengan pelancaran Laman Web
sekolah www.mgsipoh.com dan penyertaan murid dalam projek –projek
Asia-Europe Foundation (ASEF) bersama negara-negara Asia dan Eropah.
Pusat
Sumber Sekolah mula menggunakan sistem pengkomputeraan dalam urusan
pinjaman buku dalam 2010. Tahun 2010 pula membuka lembaran baru bagi
sekolah apabila Guru Besar, Puan Yau Sook Fun berjaya dianugerahkan
Tawaran Baru (NKRA) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .Di samping itu
sekolah juga diletakkan di dalam Band 1 di atas kecemerlangannya di
dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
0 comments:
Post a Comment